Wednesday 30 March 2016

KHASIAT DAUN ALOE VERA


Pernah minum atau makan jus aloe vera? Takpun Gel yang di dalam daun alow vera tu?
Kalau ada peluang, sila cuba rasa. Lagi baik kalau dapat amalkan selalu. Nak beli yang dah siap pun ada, atau tanam saja pokok aloe vera tu. Senang sangat nak tunmbuh dalam cuaca negara kita ni. Yang penting pokok tu mesti di kawasan terdedah kepada cahaya matahari.
OK, ni pulak kita nak bercerita pasal khasiat jus/gel aloe vera.
1. Detoks
Aloe vera ada banyak vitamin dan mineral. Antaranya vitamin yang terkandung di dalamnya ialah vitamin A, C, E, asid folik, asid amino, choline, B1, B2, B3 (niacin), B6 dan B12. 
Dari segi mineral pula, ia mengandungi kalsium, magnesium, chromium, selenium, besi, sodium, potassium, manganese dan tembaga (err.. kita boleh makan tembaga rupanya)


2. Menguatkan sistem imunisasi badan.
Aloe vera mengandungi polysaccharides, yang membantu mengawal sistem imunisasi kita. 
Ia juga kaya dengan anti-oksidan yang membantu melawan radikal-bebas ("free-radicals").
Aloe vera juga mempunyai ciri antipyretic, iaitu ia mencegah dan meredakan demam.


3. Memelihara sistem kadiovaskular.
Terdapat beberapa kajian yang mengaitkan aloe vera dengan keupayaan darah untuk mengangkut lebih oksigen serta meningkatkan keupayaan penyebaran sel-sel darah merah. 
Menurut sebuah kajian yang diterbitkan di dalam British Medical Journal bilangan 2000, ia menemukan yang aloe vera boleh mengurangkan kebarangkalian sakit jantung dengan mengurangkan kolesterol dalam darah, memelihara pengaliran darah serta mengurangkan kepekatan darah.


4. Bagus untuk kesihatan kulit
Sifat aloe vera yang memulihkan kulit, menjadikan ia sebagai salah satu bahan utama yang digunakan didalam industri kosmetik berkenaan pemeliharaan kulit. Gel aloe membantu melembapkan kulit. Ia juga boleh membantu dalam memulihkan kulit akibat kesan melecur, terbakar dan luka. Aloe juga adalah antipruritic, iaitu satu bahan yang mengurangkan kegatalan.


5. Mengurangkan keradangan
Aloe vera mengandungi 12 bahan termasuk B-sisterole yang berfungsi untuk memperlahankan atau mencegah keradangan. Jadi, ia dapat membantu mengurangkan kesakitan akibat radang sendi dan juga meningkatkan fleksibiliti sendi. Bagus ni untuk sesiapa yang ada gout atau athritis.

Kalau nak dikira, banyak lagi faedah dan kebaikan pengambilan jus/gel aloe vera ni. Allah telah memberi kita alam yang mengandungi pelbagai tumbuhan yang dapat menjadi asbab untuk mengubati penyakit. Andai kita nak kurangkan pengambilan ubat kimia, marilah kita cuba mendapatkan rawatan dari alam sebanyak yang boleh. Andai tak pasti, boleh rujuk juga dengan para doktor untuk nasihat lanjut.
Potong daun aloe vera tanam depan rumah .

Buang kulit daun ni. Kulit daun dan getah dia kalau terlebih makan boleh kena ulang alik tandas kang.

Haaaaa.... tu dia gel aloe vera asli.  Macam agar-agar je.. Cuma diselaputi lendir yang boleh membuat orang tak lalu makan gel ni fresh macam ni.

Wednesday 16 March 2016

Batuk dan Asma Reda.


Salam semua,

Sebagai pengedar Minyak Herba Asma Mujarab ini, kami amat gembira bila mendapat feedback yang minyak ini telah membantu mengurangkan gejala batuk berterusan serta asma pada pengguna.

Jika and mempunyai masalah tersebut, atau mengenali sesiapa yang mempunyai masalah tersebut, sila hubungi kami segera untuk mendapatkan bekalan Minyak Herba Asma Mujarab ini.

012-2207528

PENAWAR RESDUNG TRADISIONAL MUJARAB


Adakah gejala / simptom resdung sering menganggu aktiviti seharian anda, keluarga atau kenalan anda yang membuatkan rasa tak selesa.  Kalau ya, cubalah penawar resdung ini hari ini juga. Insya Allah telah bertahun-tahun ramai yang telah berjaya mengatasi masalah resdung ini dengan menggunakan penawar resdung ini.



Tanda-tanda Resdung

1.Hidung sentiasa berair/selsema setiap masa terutama ketika cuaca sejuk dan awal pagi.

2.Gatal-gatal pada hidung,mata dan telinga terutama bila memakan ayam,udang,ketam,ikan masin dan sambal belacan.

3.Bersin bila terkena habuk.

4.Berkahak, banyak jerawat, kurang pendengaran/penglihatan, sakit kepala, kelemumur banyak, rambut gugur, nafas berbau (anda tidak tahu nafas anda berbau dan tidak menyenangkan rakan anda..minta nasihat ikhlas dari mereka), gatal kulit dan keputihan (wanita).


Kesan-kesan Resdung

1.Hilang deria bau

2.Pelupa/daya mengingat lemah

3.Lubang hidung bengkak dan tersumbat

Keadaan ini mengganggu kelancaran kehidupan harian individu tersebut. Jika tidak dibendung, ia akan menyebabkan kerosakan kulit muka, hilang segala deria rasa dan bau, merosakan rongga dan menimbulkan bau yang tidak menyenangkan.


Kesimpulannya, untuk menjalani kehiduan harian dengan sejahtera, ada baik jika anda yang mengalami masalah resdung ini mencuba penawar resdung ini. 
Berikut adalah kelebihan menggunakan penawar ini.



 ___________________________________________________________________


Izinkan saya bercerita perihal bertemu dengan penawar resdung ini serta keberkesanannya.

Isteri saya boleh dikatakan peghidap resdung tegar. Pelbagai usaha rawatan dan ubat telah dicuba ada yang berkesan, ada yang tidak. Yang berkesan pula, kebanyakkannya susah untuk diamalkan dan ada yang mendatangkan ketidakselesaan lain.

Tahap teruk resdung dia adalah sampai kalau ada tengah menggoreng pekasam atau ikan masin di dalam rumah, dia akan elak untuk berada di dalam rumah. Pasti bersin tak putus-putus dan mata serta hidung berair berterusan. Sama juga kesannya kalau makan telur ayam, kulit ayam dan makanan laut yang sudah tidak segar

Pernah 2-3 kali dia mendapatkan rawatan menyedut bendalir yang dah banyak berkumpul di bahagian kepala akibat resdung.  Pedih rasanya untuk kita yang tengok tiub getah dimasukkan melalui lubang hidung dan dijolok ke dalam untuk menyedut keluar bendalir yang terkumpul.  Apatah lagi dia yang sedang menjalani rawatan.

Syukur alhamdulillah, pada perayaan aidilfitri 2015, sepupunya memberi ubat penawar resdung ini untuk dicuba. Senang, makan saja. Tak perlu menahan pedih hidung dan pening kepala seperti rawatan tradisional yang dibuat sebelum ni.  

Sekarang, dia sendiri boleh gorengkan dan makan ikan pekasam atau ikan masin. Pantang dah boleh kurang banyak.  Kalau makan makanan yang biasa kena pantang bagi pengidap resdung, tidaklah dia merana sepanjang hari lagi.






Antara cara memakan herba penawar resdung ini, dikeluarkan dari sarung kapsul dan dicampur terus dengan air lalu diminum.  Ini dikatakan mempercepatkan kesan ubat tersebut.  Ada juga pihak mengatakan elok dielak dari dimakan sarung kapsul tersebut kerana secara amnya dikatakan sarung kapsul ubat tersebut adalah kurang baik untuk buah pinggang. Wallahua'lam, itu pendapat sesetengah pihak. Andai was-was, boleh ikut cara di atas, jika tidak, boleh saja dimakan seperti ubat bersarung kapsul yang lain. 


Antara rempah ratus dan herba yang digunakan
  
  

Jadi jangan berlengah lagi, Dapatkan penawar resdung ini dengan segera. 

Hubungi Rizal di 012-220 7528.





Tuesday 15 March 2016

Makanan Cegah Asma




Bolehkah Asma Dicegah Dengan Pemakanan?

Pemakanan seimbang merupakan antara cara utama untuk mengelak pelbagai jenis penyakit dewasa ini. Persoalan untuk penghidap asma ialah, mampukah dengan memilih pemakanan tertentu, asma yang dihidapi dapat dipulihkan atau sekurang-kurangnya simptomnya dapat dikurangkan?  Ada yang mengatakan boleh dan ada jaga yang mengatakan tidak.  Namun rasanya tidak salah untuk mencuba cadangan-cadangan yang diberi kerana ia melibatkan makanan yang sihat. Andai tiada perubahan terhadap asma, ia dapat menyumbang kepada kebaikan kesihatan am.

Jadikan Buah Serta Sayur Sebagai Snek

Penyelidik dari Belanda telah melakukan penyelidikan dengan mengikuti perkembangan anak-anak dan pemakan mereka sejak dari lahir hingga ke umur 8 tahun.  Didapati mereka yang lebih memakan buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai kadar menghidap asma yang lebih rendah dari anak-anak yang kurang atau tidak mengamalkan diet buah-buhan dan sayur-sayuran.  Dipercayai bahawa anti oksidan dialam buah-buahan dan sayur-sayuran dapat mencegah kerosakan salur pernafasan lantas mengurangkan kebarangkalian menghidap asma.  Vitamin C yang banyak terdapat di dalam buah citrus juga dapat membantu mengurangkan asma.


Madu Sebagai Pencegah Alahan?

Terdapat teori mengatakan yang debunga dari tumbuhan yang menyebabkan simptom alahan seperti bersin dan mata berair juga terdapat di dalam madu, kerana ia melekat pada lebah yang menghasilkan madu tersebut.  Namun menurut pakar alahandan immunology, Miguel P. Walbert dari Asthma & Allergy Care Centre,, debunga yang menyebabkan alahan tersebut disebar melalui angin manakala yang melekat pada lebah pula adalah jenis yang lain iaitu yang lebih berat. Maka dengan memakan madu yang mengandungi debunga jenis ini tidak membantu dalam mencegah alahan tersebut.  Namun, beliau tidak menghalang para pesakit beliau daripada menruskan pengambilan madu.

Kurangkan Pengambilan Garam

Pelbagai kajian dan penyelidikan sejak dari 1930-an telah mengaitkan pengambilan garam yang tinggi dalam makanan dengan simtom asma yang lebih teruk pada kanak-kanak.  Selain itu, terdapat juga penyelidikan yang menunjukkan keputusan memberangsangkan diantara pengurangan garam di dalam makanan dengan kurangnya kesan simtom asma.  Ini hanyalah sebagai kaedah kawalan asma dan bukan dianggap sebagai penyelesaian terhadap masalah asma itu sendiri.  Antara cara termudah untuk mengurangkan garam di dalam makanan ialah dengan mengurangkan pengambilan makanan segera/siap diproses kerana ia mengandungi kandungan garam yang tinggi.

*Penulisan hasil olahan artikel 

http://www.eatingwell.com/nutrition_health/nutrition_news_information/foods_to_fight_asthma_and_allergies_what_works_and_what_doesn_t



Monday 14 March 2016

PETUA CEGAH SERANGAN GOUT.

Betul la kata orang, hanya orang yang biasa kena gout baru boleh faham macam mana sakit peritnya bila kena serangan gout.


Bayangkan macam dalam gambar di sebelah, tetapi jejarum tu semua berada di dalam celah-celah daging dan urat, sepanjang masa.  lebih kurang macam tu lah, cuba bayangkan.



Tak sanggup kan? Betul kesian pada sesiapa yang tak jumpa penawar yang berkesan lagi.  Oleh itu sambil sambil tuan-tuan dan puan-puan mencari ubat, saya kongsikan pengalaman saya kena gout lebih 11 tahun dah di sini.  Semoga dapat memberi manfaat kepada semua.



1. Elakkan makan organ dalaman lembu, kambing, ayam dan sebagainya.

Sedap memang sedap.  Kalau makan paru goreng garing, hati masak hitam atau otak masak lemak, perghh... meleleh air liur mikirkannya.  Kena pulak baru habis merewang kenduri kendara, selalunya mesti ada lauk untuk orang yang bekerja menggunakan bahan bahan terlarang tersebut.



Tapi ingat, bahan-bahan tersebut terlarang sebab kandungan asid urik bahan bahan tersebut amatla tinggi berbanding bahagian lain. Malam ni makan, esok mau tak boleh jalan.



2. Elakkan makan segala jenis kekacang

Sama ada kacang dari dalam tanah atau kacang dari pokok yang menjalar atau kacang yang menjadi sebahagian dari buah.  Ini termasuk juga makanan yang mengandungi kekacang contohnya, kuah sate, kuah dal roti canai serta kuih muih berinti atau dibuat menggunakan tepung yang bercampur kacang.  Kekacang memang sesuai unutuk dibuat snek dan banyak khasiat serta dikatakan antara makanan sunnah, Tapi untuk orang yang menghidap gout, ketepikan saja selagi boleh.


3. Elakkan kehausan (minum air banyak)

Antara cara asid urik berlebihan dikeluarkan oleh badan kita adalah melalui air kencing.  Kalau minum kurang, macam mana aisd urik nak dikeluarkan?  Kena pulak sekarang ni Malaysia mengalami cuaca panas melampau.  Jangan sampai kehausan, sebab bila haus, itu isyarat badan kita nak bagitahu yang badan sudah kekurangan air.  Oleh itu, selalu lah minum air supaya badan kita sentiasa memunyai air yang mencukupi untuk menjalankan proses kumbuhan dengan berkesan.  Andai tidak boleh minum air banyak-banyak, minum sedikit-sedikit tetapi banyak kali.



4. Tinggikan kaki sewaktu tidur.


Selalunya gout ni kena pada bahagian kaki.  Antara sebabnya ialah uric acid yang mengalir bersama darah akan terkumpul di bahagian paling bawah badan kita.  Seharian berkeja dan tak perasaan yang asid urik tengah berkumpul di kaki masing-masing.  Bila banyak berkumpul dan tepu, maka bertukarlah asid urik tadi menjadi kristal-kristal berbentuk jarum yang sepanjang masa mencucuk-cucuk.  Bila kaki ditinggikan dari paras biasa, asid urik dapat keluar dari kawasan kaki.  


Cukup dulu rasanya petua-petua untuk mengelakkan serangan gout. Kalau agak susah, nak diamalkan dan serangan gout masih konsisten, sila hubungi kami untuk mendapatkan ubat Penawar Gout Orang Asli. Tahun kedua belas dah saya kena gout.  Alhamdulillah, sekarang makan tak perlu berpantang teruk.  Kesan sampinag nya pula setakat ni adalah badan makin"sihat".  Maklumla, dah tak perlu berpantang sangat.  Penawar Gout Orang Asli ini serasi dengan saya, menjadi asbab untuk mengawal gout yang saya alami.  

Anda bagaimana?

Hubungi kami segera di 012-2207528

      

Sunday 6 March 2016

6 Tips Mencegah Serangan Asma


Sudah menjadi keinginan semulajadi kita untuk mempunyai keupayaan bergerak bebas untuk melakukan sebarang aktiviti yang dikehendaki baik riadah, pekerjaan atau beribadat. Namun keupayaan ini adalah agak terbatas bagi mereka yang menghidapi asma.  Bagi meningkatkan kualiti kehidupan,  penyakit asma perlu dipantau dengan mendapatkan rawatan dari pengamal perubatan yang bertauliah.  Di samping itu, amalan seharian juga perlu dipantau bagi mengelakkan serangan asma.  Berikut adalah 6 tips berguna untuk mencegah asma.


1.  Kenali pencetus serangan asma.

Memang terdapat pencetus asma yang hampir sama untuk semua penghidap asma.  Namun terdapat juga perkara-perkara yang berlainan yang boleh menyebabkan tercetus serangan asma.  Habuk, penurunan/peningkatan suhu atau asap rokok adalah antara pencetus yang biasa.  Ada kalanya perkara yang tidak mendatangkan sebarang kesan kepada seorang pengidap asma boleh mendatangkan kesan mudarat kepada pengidap asma yang lain.  Oleh itu, setiap individu yang mengalami asma perlu mengenalpasti perkara yang mampu mencetus asma terhadap mereka sendiri.  Dengan itu, mereka mampu menjauhi perkara-perkara tersebut dan menjauhi serangan Asma.

2. Kurangkan dan tangani tekanan/ stress dengan baik.

Antara punca serangan asma ialah tekanan minda dan perasaan yang tidak dapat ditangani dengan baik. Stress adalah sesuatu yang memang tidak dapat dielakkan dalam kita menjalani kehidupan.  Nak makan pun boleh stress kalau tak kena caranya.  Jadi, pelajarilah cara yang berkesan untuk menangani stress anda agar ia tidak membawa kepada stress kena serangan asma pulak.

3. Lakukan aktiviti riadah.

Tak perlu sampai ke tahap Paul Scholes bermain bolasepak profesional untuk pasukan Machester United.  Tapi kalau boleh, apa salahnya.  Cuma pastikan anda atau mereka yang menghidap asma sentiasa melakukan aktiviti riadah yang berterusan.  Ini dapat memberi latihan kepada paru-paru dan sistem pernafasan.  Mulakan dengan senaman ringan seperti berjalan atau poco-poco. Bila sudah semakin kuat baru tambahkan intensiti aktiviti riadah tersebut.

4. Jaga kebersihan kawasan persekitaran.

Pastikan kawasan tempat tinggal, kerja dan kawasan yang dikunjungi bebas dari habus dan kotoran debu.  Untuk kawasan luar kawalan kita, gunakan penapis udara penutup hidung dan mulut.

5. Elakkan terhidu semburan bahan kimia racun makhluk perosak.

Nama pun "ter"hidu, macam mana nak elak... hehehe. Maksudnya di sini adalah cuba sebaik mungkin untuk menjauhi semburan racun makhluk perosak kerana bahan kimia yang terkandung di dalam sebatian semburan tersebut mampu menjadi pencetus serangan asma.  Dah kalau ada orang nak menyembur, keluar dulu dari kawasan tersebut.  Selepas 5 ke 10 minit, baru masuk balik atau kembali kek kawasan semburan itu.

6. Jauhi asap rokok.

Masyarakat sekeliling kita di Malaysia sudah makin boleh menerima yang asap rokok ini merbahayakan kesihatan terutama buat kanak-kanak atau penghidap asma.  Jadi kalau ada yang merokok betul sebelah anda, minta mereka hentikan, kebanyakkannya boleh menerima teguran tersebut.  Tegur elok-elok ya, jangan jerkah tak tentu pasal pulak, nanti lain pula jadinya.  

Begitulah serba sedikit tips untuk dijadikan pedoman.  Semoga bermanfaat untuk semua ya..