Wednesday 31 August 2016

5 Cara Legakan Masalah Serta Sakit Badan Dengan Minyak Zaiton



Banyak khasiat minyak zaiton ni, bukan setakat guna waktu nak masak spaghetti aje..

Tak payah dimakan pun dah boleh bantu kesihatan kita.
Hari ini kita lihat 5 khasiat dan kebaikan penggunaan minyak zaiton.  Caranya mudah dan boleh diikut oleh sesiapa saja.

Melegakan Lenguh, Sakit dan Keradangan Otot 

Ini adalah antara khasiat terbaik minyak zaiton.  Pengunaan sesuatu anggota secara belebihan, duduk sepanjang hari menggunakan komputer, sering tunduk untuk tempoh yang lama semasa menggunakan “smartphone” dan melakukan aktiviti-aktiviti berat sering kali menyebabkan kesakitan pada otot dan sendi-sendi serta menyebabkan otot mengalami keradangan.
Kebiasaannya kita akan mengambil “painkiller” atau menggunakan minyak urut yang biasanya mempunyai rasa panas untuk mengatasi kesakitan tersebut.  Sebenarnya, itu hanyalah kelegaan sementara.  Yang sebaiknya, badan kita perlu rawatan urutan yang betul dan membantu memberi khasiat kepada otot untuk menjalani proses pemulihan.
Urutan yang betul menggunakan minyak zaitun boleh memberi kelegaan dan khasiat yang diperlukan tersebut. Antara sebab utamanya ialah minyak zaitun mempunyai “Oleocanthal” yang bersifat anti-keradangan.  


Membantu Mengurangkan Kesan Pada Kulit Akibat Panas Matahari

Eleh.. apa nak dihairankan,  kita kan orang Malaysia.  Panas, sikit-sikit tidak mendatangkan kesan mudarat pada kulit.  Jarang kedengaran orang kita mengalami kes kulit terbakar akibat terdedah pada matahari atau “sunburn”.  Namun, ada masa-masanya kita juga terdedah pada panas matahari untuk tempoh masa yang terlalu lama.  Hari sukan ke, perarakan ke takpun memancing ke.. macam-macam juga cara boelh nak kena sunburn ni. Akibatnya, kulit bertukar merah bagai udang dibakar dan kering serta terkopek-kopek, diiringi rasa pedih.

Jika ini terjadi, campurkan minyak zaiton dan air dengan sukatan yang sama banyak.  Goncang agar kedua bahan ini bergaul sebaik mungkin dan sapukan bancuhan tersebut ke serata kawasan kulit yang terbakar atau ke seluruh badan.  Bahan anti-oksida “Squalene”, vitamin dan phytosterol yang terdapat di dalam minyak tersebut dapat membantu melegakan kepedihan akibat sunburn tersebut. Warna kulit juga akan lebih cepat kembali ke warna asal.

Membantu Melegakan Sakit Tengkuk, Bahu dan Belakang

Di zaman serba moden kini, kebanyakkan kerja dilakukan di hadapan komputer selama berjam-jam lamanya.  Di waktu lain pula, kita sibuk dengan “smartphone” masing-masing dengan kepala sering tertundul sahaja. Bayangkan... otot di tengkuk dan bahu perlu menampung berat kepala lebih kurang 5-6 kilogram.  Kedua-dua ini memberi beban yang tinggi sebenarnya pada otot tengkok dan bahu kita.  Ia membawa kepada keradangan otot-otot tersebut.  Selain dari melakukan senaman regangan untuk melegakan otot berkenaan, penggunaan minyak zaiton juga boleh menyalurkan “Oleocanthal” yang terkandung di dalamnya untuk bertindak seperti ubat anti-keradangan dengan menyekat penghasilan enzim pro-keradangan iaitu CoX-1 dan CoX-2.

Menjaga Kelembapan Kulit

Kehebatan ciri minyak zaitun dalam membantu mengekalkan kelembapan kulit menjadikan ia sebagai antara bahan utama dalam penjagaan kulit kering.  Urutan menggunakan minyak zaiton membolehkan minyak zaiton masuk ke lapisan dalam kulit dan membantu melembapkannya dari dalam.  Minyak zaiton kaya dengan anti-oksida yang boleh membantu dalam mengurangkan kulit melupas, gatal, kering, atau pun jangkitan mikrob pada kulit.  

Mengurangkan Kelemumur

Sapuan atau urutan minyak zaiton ke kulit kepala bukan sahaja membantu menghilangkan stress dan melepaskan tekanan di bahagian kepala.  Ia juga mampu membantu di dalam mengurangkan kelumumur.  Kandungan Vitamin E serta anti-oksida yang banyak melegakan kegatalan kulit kepala serta mengekalkan kelembapannya kulit.

Begitulah serba sedikit manfaat yang boleh kita dapati dari minyak zaiton.  Ini belum lagi kita bicarakan tentang khasiat yang diperoleh dari memakan terus minyak zaiton.  Biarlah untuk di lain masa pula.

Selamat mencuba.

“Share” maklumat ini dengan rakan atau keluarga yang boleh menerima manfaat darinya.

No comments:

Post a Comment