Tuesday 15 March 2016

Makanan Cegah Asma




Bolehkah Asma Dicegah Dengan Pemakanan?

Pemakanan seimbang merupakan antara cara utama untuk mengelak pelbagai jenis penyakit dewasa ini. Persoalan untuk penghidap asma ialah, mampukah dengan memilih pemakanan tertentu, asma yang dihidapi dapat dipulihkan atau sekurang-kurangnya simptomnya dapat dikurangkan?  Ada yang mengatakan boleh dan ada jaga yang mengatakan tidak.  Namun rasanya tidak salah untuk mencuba cadangan-cadangan yang diberi kerana ia melibatkan makanan yang sihat. Andai tiada perubahan terhadap asma, ia dapat menyumbang kepada kebaikan kesihatan am.

Jadikan Buah Serta Sayur Sebagai Snek

Penyelidik dari Belanda telah melakukan penyelidikan dengan mengikuti perkembangan anak-anak dan pemakan mereka sejak dari lahir hingga ke umur 8 tahun.  Didapati mereka yang lebih memakan buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai kadar menghidap asma yang lebih rendah dari anak-anak yang kurang atau tidak mengamalkan diet buah-buhan dan sayur-sayuran.  Dipercayai bahawa anti oksidan dialam buah-buahan dan sayur-sayuran dapat mencegah kerosakan salur pernafasan lantas mengurangkan kebarangkalian menghidap asma.  Vitamin C yang banyak terdapat di dalam buah citrus juga dapat membantu mengurangkan asma.


Madu Sebagai Pencegah Alahan?

Terdapat teori mengatakan yang debunga dari tumbuhan yang menyebabkan simptom alahan seperti bersin dan mata berair juga terdapat di dalam madu, kerana ia melekat pada lebah yang menghasilkan madu tersebut.  Namun menurut pakar alahandan immunology, Miguel P. Walbert dari Asthma & Allergy Care Centre,, debunga yang menyebabkan alahan tersebut disebar melalui angin manakala yang melekat pada lebah pula adalah jenis yang lain iaitu yang lebih berat. Maka dengan memakan madu yang mengandungi debunga jenis ini tidak membantu dalam mencegah alahan tersebut.  Namun, beliau tidak menghalang para pesakit beliau daripada menruskan pengambilan madu.

Kurangkan Pengambilan Garam

Pelbagai kajian dan penyelidikan sejak dari 1930-an telah mengaitkan pengambilan garam yang tinggi dalam makanan dengan simtom asma yang lebih teruk pada kanak-kanak.  Selain itu, terdapat juga penyelidikan yang menunjukkan keputusan memberangsangkan diantara pengurangan garam di dalam makanan dengan kurangnya kesan simtom asma.  Ini hanyalah sebagai kaedah kawalan asma dan bukan dianggap sebagai penyelesaian terhadap masalah asma itu sendiri.  Antara cara termudah untuk mengurangkan garam di dalam makanan ialah dengan mengurangkan pengambilan makanan segera/siap diproses kerana ia mengandungi kandungan garam yang tinggi.

*Penulisan hasil olahan artikel 

http://www.eatingwell.com/nutrition_health/nutrition_news_information/foods_to_fight_asthma_and_allergies_what_works_and_what_doesn_t



No comments:

Post a Comment