Sunday 6 March 2016

6 Tips Mencegah Serangan Asma


Sudah menjadi keinginan semulajadi kita untuk mempunyai keupayaan bergerak bebas untuk melakukan sebarang aktiviti yang dikehendaki baik riadah, pekerjaan atau beribadat. Namun keupayaan ini adalah agak terbatas bagi mereka yang menghidapi asma.  Bagi meningkatkan kualiti kehidupan,  penyakit asma perlu dipantau dengan mendapatkan rawatan dari pengamal perubatan yang bertauliah.  Di samping itu, amalan seharian juga perlu dipantau bagi mengelakkan serangan asma.  Berikut adalah 6 tips berguna untuk mencegah asma.


1.  Kenali pencetus serangan asma.

Memang terdapat pencetus asma yang hampir sama untuk semua penghidap asma.  Namun terdapat juga perkara-perkara yang berlainan yang boleh menyebabkan tercetus serangan asma.  Habuk, penurunan/peningkatan suhu atau asap rokok adalah antara pencetus yang biasa.  Ada kalanya perkara yang tidak mendatangkan sebarang kesan kepada seorang pengidap asma boleh mendatangkan kesan mudarat kepada pengidap asma yang lain.  Oleh itu, setiap individu yang mengalami asma perlu mengenalpasti perkara yang mampu mencetus asma terhadap mereka sendiri.  Dengan itu, mereka mampu menjauhi perkara-perkara tersebut dan menjauhi serangan Asma.

2. Kurangkan dan tangani tekanan/ stress dengan baik.

Antara punca serangan asma ialah tekanan minda dan perasaan yang tidak dapat ditangani dengan baik. Stress adalah sesuatu yang memang tidak dapat dielakkan dalam kita menjalani kehidupan.  Nak makan pun boleh stress kalau tak kena caranya.  Jadi, pelajarilah cara yang berkesan untuk menangani stress anda agar ia tidak membawa kepada stress kena serangan asma pulak.

3. Lakukan aktiviti riadah.

Tak perlu sampai ke tahap Paul Scholes bermain bolasepak profesional untuk pasukan Machester United.  Tapi kalau boleh, apa salahnya.  Cuma pastikan anda atau mereka yang menghidap asma sentiasa melakukan aktiviti riadah yang berterusan.  Ini dapat memberi latihan kepada paru-paru dan sistem pernafasan.  Mulakan dengan senaman ringan seperti berjalan atau poco-poco. Bila sudah semakin kuat baru tambahkan intensiti aktiviti riadah tersebut.

4. Jaga kebersihan kawasan persekitaran.

Pastikan kawasan tempat tinggal, kerja dan kawasan yang dikunjungi bebas dari habus dan kotoran debu.  Untuk kawasan luar kawalan kita, gunakan penapis udara penutup hidung dan mulut.

5. Elakkan terhidu semburan bahan kimia racun makhluk perosak.

Nama pun "ter"hidu, macam mana nak elak... hehehe. Maksudnya di sini adalah cuba sebaik mungkin untuk menjauhi semburan racun makhluk perosak kerana bahan kimia yang terkandung di dalam sebatian semburan tersebut mampu menjadi pencetus serangan asma.  Dah kalau ada orang nak menyembur, keluar dulu dari kawasan tersebut.  Selepas 5 ke 10 minit, baru masuk balik atau kembali kek kawasan semburan itu.

6. Jauhi asap rokok.

Masyarakat sekeliling kita di Malaysia sudah makin boleh menerima yang asap rokok ini merbahayakan kesihatan terutama buat kanak-kanak atau penghidap asma.  Jadi kalau ada yang merokok betul sebelah anda, minta mereka hentikan, kebanyakkannya boleh menerima teguran tersebut.  Tegur elok-elok ya, jangan jerkah tak tentu pasal pulak, nanti lain pula jadinya.  

Begitulah serba sedikit tips untuk dijadikan pedoman.  Semoga bermanfaat untuk semua ya..

No comments:

Post a Comment